Thursday, August 26, 2010

BENDERA





Apa ada pada bendera?
secebis kain dengan warna yang dicoretkan ke atasnya?

Kenapa perlu hormat pada bendera?
ia hanya secebis kain yang tiada kuasa.

Benar, bendera itu datangnya dari secebis kain.
tiada kain yang khas, hanya kain biasa.

Tetapi bukan kain itu yang dipandang,
Bendera itu adalah lambang negara,
kita berjuang bermati-matian untuk mempertahankannya.

Bendera itu lambang kita,
Bendera itu lambang maruah,
Bendera itu lambang daulat,
Bendera itu bukti kita punya negara.

Jalur merah dan putih itulah rakyat,
Biru itulah negara,
Kuning itulah payung kita.

Biar gugur darah ke bumi,
Jalur Gemilang ku pertahankan,
Demi nusa, demi negara
Malaysiaku yang tercinta.

Saturday, August 21, 2010

Merungkai Memori Lama-Kem Wardieburn

Kalau nak ingatkan balik setiap saat memori itu pastinya mustahil, tapi aku cuba jugaklah supaya di masa hadapan mungkin memori itu dapat ku selongkar semula.

............................................................................

Aku dilahirkan pada 3 November 1983, di Hospital Besar Seremban yang sekarang ini dijenamakan semula dengan nama Hospital Tuanku Jaafar. Hospital di atas bukit yang satu ketika dahulu pernah dikatakan hospital terbaik di Asia Tenggara oleh Reader Digest.

Keluarga ku tidaklah sebesar mana, sekarang ini aku masih lagi memiliki Papa, Mak, Along, Kak Ngah, Apis dan Alin dan aku yang ketiga. Kami tidaklah begitu berada namun tidaklah dalam kategori susah.

Ayahku adalah seorang bekas tentera, kompeni terakhirnya adalah Semboyan. Jadi, menjadi anak tentera sudah tentulah kami berpindah randah. Namun, aku hanya pernah merasa duduk di dalam Kem Wardieburn, blok 1505 kalau tak silap aku.

Masa tadika ku tidaklah konvensional. Aku bersekolah tadika Islam di dalam kem Wardieburn. Kalau nak sebut nama rakan-rakan tadika, memang dah delete dah pun dari sistem memori kepala otak ini.

Tahun 1990, aku memulakan pelajaran sekolah rendah ku di Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Tembak, Zon Ri (2), Wangsu Maju, Kuala Lumpur.

Saat menetap di Kem Wardieburn adalah saat zaman kecilku yang benar-benar aku rasakan dapat merasai pengalaman sebagai anak seorang tentera. Masuk sahaja pintu gate kem, kami terpisah dari hidup awam, segala-galanya adalah tentera. Pergi ke sekolah dengan menaiki Feri Tentera (trak tentera yang diubahsuai menjadi ala-ala2 bas sekolah) sudah pasti sukar untuk aku lupakan.

Di hadapan blok yang kami diami ada sebatang pokok yang besar. aku pun tak dapat nak bagitau apa nama pokok tu. Di situlah, kami anak-anak askar ni bermain. Di sebelah blok 1505 tu, blok renjer tempat keluarga-keluarga askar yang berbangsa Iban.

Duduk didalam kem memang berbeza dengan duduk di luar. seperti yang aku katakan, segala-galanya ketenteraan. Contohnya, jika Lagu kebesaran, Lagu Negaraku, atau trompet kebesaran dibunyikan kami yang bukan tentera ni kenalah hormat berdiri tegak jika berada diluar kawasan bangunan.

Ini bahagian yang paling best. Dulu semasa di kem Wardieburn, aku ada seorang kawan, berbangsa Cina namanya Mei Mei. Kedudukan rumahnya adalah di hujung sekali. Kami kawan rapat ketika dulu. Aku selalu jugak memakan dari suapan ibunya. Kalau tidak di rumah aku, aku di bermain di rumahnya. Hehehe, seronok sakan sampai mak asyik megamuk sahaja. Tetapi kami terpisah setelah keluargaku berpindah ke Seremban. Agak-agaknya ingat lagi kah Mei Mei kat aku?

Bersekolah di Kuala Lumpur, sudah pastinya ada Sekolah agama di siang hari. Paling lawak sekali, Ustazah datang ke rumahku berjumpa dengan mak. Ustazah berkata pada mak "Faizal dah 6 bulan tak datang Kelas Agama, apa masalahnya?" Mak dengan hairannya menjawab "Eh Ustazah, dia tiap-tiap hari pergi kelas agama tu"
Hehehe, kisah sebenarnya aku bukan ponteng kelas agama tu, aku pergi, cuma masa itu aku tiada rakan dalam darjah satu. Rakan-rakanku semuanya berada dalam darjah yang lebih tinggi pada ketika itu. Jadi, aku dalam masa 6 bulan tersebut tidak pernah masuk kelas darjah 1 itu, aku masuk kelas darjah 2 tanpa ustazah menyedarinya lansung. Hebat kan aku?hehehe

Tahun 1991, Kemudiannya keluarga kami berpindah ke Seremban kerana Papa berkhidmat dengan Istana Negeri Sembilan selepas itu. Aku Menyambung darjah 2 ku di Sekolah Rendah Kebangsaan Mambau, Seremban, Negeri Sembilan.


................................................................................

Di SRK Pandang Tembak, tidak sempat untuk ku mengumpul memori jadi kita skip ke bab yang seterusnya pada entry yang akan aku post nanti.

Adios amigos.

Posting ku yang pertama

Setelah sekian lama menyepi dari alam 'blog' ni, aku kembali. blog lama telah ku'diposed'kan agar tidak lagi memberatkan dan menyaratkan lagi sistem simpanan alam maya.

Aku rasakan perlunya aku aktifkan blog agar segala memori dapat aku simpankan dalam super storage kerana ingatan ku sudah mulai di'delete' secara tidak sengaja dari Medula Oblogata (kat situ ke simpan?aku pun tak tahu)hehehe

Mungkin proses ini akan mengambil masa, tetapi langkah pertama adalah perlu bagi langkah2 yang seterusnya.

Adios amigos